Sunday, June 26, 2011

Cuti-cuti Kuching...


hai there...lama dah tak tulis2 dekat belog nie. kali nie, nak coret-coret xtvt sepanjang cuti2 di Kuching Sarawak.
Day 1-perjalanan dari KL-Kuching lebih kurang 45 minit la kalu naik lalat terbakar...hehe...Fire Fly 'everyone can fly'...sory Fire Fly...^^...tapi kalau naik sampan...wallahualam la...mungkin berminggu2 la kut...tak pernah cuba lagi...kami bercuti lebih kurang 3 hari 2 malam. hotel kediaman kami terletak dalam hujung tak hujung la, tapi dekat2 bandar kuching la...nama hotel tue Samudra Court Hotel (promote skit)...ok la...not bad...so comfortable untuk 6 orang dalam satu bilik...siap breakfast lagi...jadi hari pertama, sampai lebih kurang 11 lebih...rombongan terus masuk ke bilik untuk acara rehat dan istirahat...kerana masing2 keletihan...jadi kami mengambil keputusan untuk relax2 kan diri dulu...lebih kurang 4 petang...kami pun segera merajinkan diri keluar berjalan2 di sekitar Kuching waterfront city...so....acara makan2 petang+malam pun di sekitar area water front city...kat sekitar sini...pengunjung2 boleh la pergi membeli belah macam kek lapis Sarawak kew...Souvenier2...nak bawak balik semenanjung....so...nenek2 dan mak ku pun sibuk2 la membeli belah...aq dengan adik aq ikut jew la dowg membeli belah...siap borong kek lapis lagi...kakak yang jual kek lapis bagi la cuba kat kita org...memang habis la satu balang...sebab kita orang jew pelanggan yang lama gila kat gerai tu. So,...oh ya...lupa nak mention kat sini...bley pulak kan...kita orang tersesat dalam bandar kuching...ntah mana2 ntah lorong jalan yang kita org masuk...naseb baek jumpa jalan keluar...so kalau keluar malam-malam dekat situ bagi sesiapa yang tak biasa...sila la bawak map ye....ok....
Day 2- acara nya lebih luar biasa sikit la. Then, first kali of cos la Sarapan kan. ok la, not bad food at Samudra Court. so, day 2...kami menyusuri Sungai Sarawak menggunakan bot la...of cos la kan...takkan nak naik teksi plak kan. so...aq dan adik aq yang agak bandar nie sesangat la excited...so...agak2 1jam jugak la pusing2 kat sungai tue. mula2 nya tak jadi pun naik bot tue...al maklum la bawak nenek2...rasa cuak tue menyelubungi dalam diri dowg...walaupun katanya dah biasa naik bot...tapi last2 berjaya jugak la naik bot tue...untuk org bandar macam SAYA....agak excited la...tak pernah naik bot la katakan...tapi mmg best...kalau boleh nak cuba lagi xtvt tue...oh ya...FYI...bot yang kita orang naik bukan bot pelancong yang tinggi tue...tapi bot yang agak2 kalau la nak kata Buaya boleh la nak naik...huhu...kalau nak ikutkan excited+cuak gak la....ye la...kalau la nasib tak baik...bely jew terserempak ngan buaya....tapi thumb up to Pakcik apa ntah nama dia lupa la...dia ada skil bawak bot tue...kejap ke kiri...kejap ke kanan...ayah ku pula...tak habis2 sakat nenek aq yang agak takut2 tue...tapi Alhamdullilah...ianya merupakan the best experience in my life....then...macam bese pergi borong2 lagi dekat sekitar kedai berdekatan kat waterfront city tue...tempat nie bley dikatakan banyak souvenier...barang2 kraf...macam2 la...then...lebih kurang pukul 2 lebih kami pun pergi la singgah di sebuah masjid area dekat2 waterfront city...yang uniknya batu nisan dekat situ unik sangat.tak tipu...betul...oh ya...masjid tue dekat dengan kawasan kuburan. then kami pergi solat zuhur dulu (walau dimana kita berada ingat2 lah Allah ya)...then, kami pun p la pusing dekat gerai2 makan orang Sarawak..tak ingat nama tempat tue...tapi dia area hujung skit daripada Kuching Water Front CIty...senang citer...makanan lunch kami kat sini mmg sedap gila....serious sedap...so...bagi sesapa yang tak kisah nak makan area gerai (ye la setengah org kan tak berapa sgt makan kat gerai2 ni)....saya syorkan disini...kalau tak silap, dia berdekatan shopping komplex...anad berdekatan petra jaya transport...kalau tak silap la....tapi kalau pusing2 pakai kereta kat area kuching...mmg balik2 pusing tempat yang sama...so confirm jumpa la...so...makanan kat gerai tue mmg sedap dan murah...betul tak tipu...Sambal belacan sarawak sedap sgt...thumb up la kat makanan situ..oh ya ...dipahamkan...gerai kat situ, malam2 dia tak bukak...so kalau nak pergi...pergi siang2 la...
Day 3- hari terakhir kami di Kuching Sarawak...agak singkat percutian kami...al maklum sajalah...my father ada commitment dengan kerja...so sgt terhad ya...dan saya juga telah memonteng kelas sepanjang percutian ni...jadi pagi kami sarapan yang agak enak juga la dari Samudra Court Hotel...'the Nasi Lemak'...Malaysian Favourite food...habis jew shoruuuu...aq, adik ku, ibu ayah ku pergi pasar satok, sebab dowg nak borong ikan terubuk yang dikirim oleh sanak saudara di semenanjung which are Selangor and Kedah....jadi...nenek2 kami naik kebilik untuk merahatkan diri la...tak larat nak jalan2 kaki kat Pasar Satok...so dalam 15 minit kami berjalan kaki dari hotel ke pasar ni...mmg ramai orang semenanjung membeli berkotak2 Ikan terubuk, Ikan masin, telur terubuk, belacan Sarawak, Belacan Udang yang hanya terdapat di Sarawak...kat semenanjung agak sukar la nak dapat2 benda2 nie...kALau ada pun...agak mahali la...opsss...tersilap taip...kew saja2 silap...haha(kalau ada GF dia baca nie,mmg naya aq...nak wat camna, i kan big fanz of this player)hehe...ok2 teruskan...then....my mum+dad...beli la satu kotak ikan terubuk sebagai souvenier.jadi lebih kurang pukul 2 lebih kami pun bertolak balik ke Semenanjung....lebih kurang pukul 4 lebih kami sampai...oh ya...other experience...masa kat atas udara tue...kapten kapal pun bagi tau....supaya semua penumpang duduk di tempat masing2 sebab ada kesukaran untuk melihat dek kerana awan tebal dan juga jerebu...apa lagi masa kapal terbang tue masuk dalam awan....kapal terbang tue bergerak2 macam nak terlanggar jew...macam nak cabut jantung...BTW...thumb up to kapten kapal...kerana sampai jugak Semanjung...weeeeee...:)...here ada skit gambar buat tatapan rakan2 yang sudi melihat belog saya...
hahh...ni rembat dari internet...punya la byk masa 3 hari..tapi tak sempat nak amik gambar kat sini...so kucing2 nie mmg ada la kat tengah2 bandar kucing tue...

yang ni plak...ada gambar, tapi kat depan counter la...pastu ada gambar 'penulis' plak...so prefer letak gambar bangunan je la...so ni la hotel kita org duduk...ok la...mengikut budget...yang ni pun rembat dari internet...thumb up to internet

ikan ni datang dari sungai Sarawak Kuching Water Front City, dipancing oleh orang tempatan. Tak percaya?...percaya la...

syarikat Brook Dockyard...dipahamkan syarikat ni dah lama wujud, Zaman pemerintahan Brook dulu...so, ni salah satu gambar yang kita org amik masa menyesuri sungai Sarawak tue

hahhh...ni best part, Sarapan pagi last day, From the Hotel...sedap wooo...


my father yg kebosanan menunggu makan malam tak masak2 lagi...dekat area Waterfront City

My mother yg bual2 dulu sambil tunggu Sarapan pagi tiba di meja kami...and my sis..sory gambar half (nasib baek gambar half, kalau tak mmg tak letak gambar nie...kalu dia tahu...naya)

Tok + Nenek...pwitt...cewah...ni masa nak balik tunggu nak masuk flight...
So....ini coretan percutian buat masa ini...harap maaf sepanjang saya mencoret2 kalu ada ayat yg terkasar kew...maaf la ya...InSyAllah kalu ada tempat best lagi yg kita org pergi...panjang umur...nanti dicoret2 lagi ya....semoga kalian success selamanya...peace yay...

Thursday, March 24, 2011

final exam...

pejam celik, pejam celik, exam da nak dekat. banyak nak study...takutnyerrr...moga2 boleh jawab dalam final exam...di saat2 akhir banyak asement yang harus di accomplish kan....harap2 bley score baik untuk cgpa sem nie...selamat menghadapi peperiksaan akhir untuk semua yng bakal menjalaninya...akhir kata baca buku...bukan muka buku (FB)...hahaha

Monday, January 17, 2011

Fraser Hill, Pahang

 Tempat jam ni memang ramai suka amik gambar dekat sini, cantik la katakan. ni gambar ni diamik dari internet, nak letak gambar sendiri malu la, hehe. InsyAllah coretan lain pasti letak gambar sendiri. Gambar yang dekat bawah ni pulak, gambar padang Golf dekat situ la, tapi masa pergi tue, tak ramai pun yang main golf, berapa kerat time tue.
sudah lama rasenya tangan ini tidak menari-nari dia atas keyboard lappy ni. Al-maklum saja lah, tidak ada masa untuk menaip-naip selepas kuliah bermula. terfikir2 coretan apa pula yang ingin dikongsi bersama. lalu saya teringat akan sesuatu percutian selama 1 hari 1 malam. haha, terfikir akan kerisauan yang melanda semasa perjalanan ke Fraser Hill, al-maklum saja lah pertama kali pergi ke fraser hill, tak tahu halangan apa dihadapan, bagaimana keadaan jalan dan macam-macam lagi la (bukan saya yg bawak keta, parents saya yg bawak keta, saya tolong risaukan untuk dia orang saja). perjalanan ke fraser hill pahang mengambil masa 2 jam perjalanan. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang100 kilometer (fakta dari internet). tapi saya dari shah alam, jadi lebih kurang 2 jam perjalanan la. keadaan jalan agak bersimpang siur apabila masuk jew ke jalan menuju fraser hill (macam jalan nak g cameron highland, macam tu la (bagai ular kena palu, bayangkan)). sebelum sampai ke kawasan fraser hill, tersebut ada satu tempat perhentian, tak ingat la apa, tak pa nanti bley goggle balik, kawan perhentian ini menyediakan faciliti seperti tempat solat dan tandas, dan ada juga la orang yang jual-jual makanan ringan. makanan berat tak ada. kalau nak makanan-makanan berat kena naik fraser hill, nanti banyak la restauran-restauran. lalu kami pun berhenti la seketika , untuk solat dan menikamti pandangan alam (hutan jew). oh yew, kalau tak silap nama tempat tu teranum. setelah setengah jam merehatkan kereta dan diri di situ, kami pun meneruskan perjalanan naik ke fraser hill tu. bagi yang tak pernah datang terasa amt jauh sekali dengan perjalanan panjang, jalan yang seperti ular kena palu (so sapew yang bawak keta nak pergi sini, bawak berhati-hati na, jangan laju2). mesti terfikir bila la nak sampai ni, kalau tak biasa pergi, mesti macam rasa nak patah balik, sebab tak sesampai-sampai (ayat macam bahaya jew tempat tue ek). lebih kurang 1 jam lebih tak sampai 2 jam la, kami pun sampai ke Fraser Hill tue, betapa gembiranya untuk orang yang pertama kali pergi. ramai orang pada hari tersebut (skema nye ayat), ye la hari minggu. kita orang pun apa lagi, park jew keta , terus pergi sightseeing la sekitar kawasan tersebut. cantik, memang cantik, Nice view, pemandangan yang indah. decoration bangunan-bangunan yang ala-ala Inggeris, menimbulkan suasana seperti di luar negara dengan udara yang nyaman, sejuk, cool, tenang, membuatkan seseorang itu mengurangkan tekanan ataupun orang putih kata release tension. bagi seorang penulis seperti saya atau sesiapa saja, saya cadangkan tempat ini sebagai pilihan anda untuk mencari idea menghasilkan karya, tak kira la karya apa pun, tulis lagu ke, novel ke, cerita ke, apa saja la. di sini juga ada menyediakan accomodation, tapi kos dia bley tahan gak la, nak2 hari minggu, tapi harga bley dirunding kali. hehe. oh yea, panjang sangat bercerita, lupa nak bagi tau, sebenarnya kalau nak naik fraser hill ni, kena ada peraturan, peraturanya mudah saja, ikut arahan. hehe, arahan apakah itu. Fraser Hill ni dikawal gate system. maksudnya, dia ada masa tertentu dmana ada masa nak naik and ada masa nak turun. bukan sesuka hati naik turun macam kat gunung jerai atau cameron higland. sekali ada kereta naik, kereta turun gunung. peraturan ini digunakan untuk mengelak kemalangan, sebabnya ada satu jalan saja nak naik atas. kalau nak tahu kita orang pun ada pengalaman kena jerit dengan pakcik guard yang jaga gate fraser hill ni. waktu tu, kita orang nak turung lebih kurang pukul 5 lebih ke 6 lebih, tak pasti tak ingat, tapi waktu petang la, kereta kami dah terlepas sedikit dari pagar tue, apa lagi, pakcik tu pun jerit "hoi, hoi', terkejut kita orang. lawak giler, bagi kowg tak lawak kut, kita org punya experience.apa lagi terpaksa la reverse balik nak tunggu waktu turun. sebelum turun tu, kita orang pun isi minyak sekejap. hah, untuk pengetahuan sesiapa yang tak tahu, dekat fraser hill ni tak da pam minyak tapi ada minyak, minyak tue pulak dalam botol, minyak kereta ok. so jangan risau la, kalau keta tetiba kurang minyak, ada minyak kat atas, kat kedai runcit, nanti ada pakcik tu isikan minyak pakai paip. time tue pak cik yang tolong isikan minyak kat keta kita orang, tak tahu time korang g sana sapa pulak yg layan customer. dengar citer orang di sini (local people, truly people from Fraser Hill), depa cakap, pam minyak tak bely ada dekat atas ni, sebab nanti minyak nya beku, mungkin terlampau sejuk kut. tapi memang betul tak da pam minyak. so, kalu nasib tak baik tue sabar jew la, kalu minyak habis la. ada lagi satu, menurut orang-orang disini juga, tempat Fraser Hill ni hanya menarik dan sibuk hari minggu je, hari biasa lenggang. patut la kedai dekat dengan kedai runcit tutup, bisnes tak berapa laku agaknya, mungkin, one of the factor la katakan. Mostly yang datang hanya pusing menikmati pemandangan Alam ciptaan tuhan, main Golf (disediakan tempat padang golf) atau apa saja xtvt, kebanyakan mereka akan pulang dan tidak memilih untuk tidur situ. jadi, kami pun sebelum balik, pusing-pusing la kat situ, makan sekejap, makan pisang goreng jew, minum petang, solat dan kemudian kami pun pulang (tue pun nak g tau). so, bagi sesepapa yang berminat nak pergi, pergi la, tapi isi minyak penuh-penuh ek, mana la tau, in case tak da minyak ke...hehe...selamat berjalan semua...