Tempat jam ni memang ramai suka amik gambar dekat sini, cantik la katakan. ni gambar ni diamik dari internet, nak letak gambar sendiri malu la, hehe. InsyAllah coretan lain pasti letak gambar sendiri. Gambar yang dekat bawah ni pulak, gambar padang Golf dekat situ la, tapi masa pergi tue, tak ramai pun yang main golf, berapa kerat time tue.
sudah lama rasenya tangan ini tidak menari-nari dia atas keyboard lappy ni. Al-maklum saja lah, tidak ada masa untuk menaip-naip selepas kuliah bermula. terfikir2 coretan apa pula yang ingin dikongsi bersama. lalu saya teringat akan sesuatu percutian selama 1 hari 1 malam. haha, terfikir akan kerisauan yang melanda semasa perjalanan ke Fraser Hill, al-maklum saja lah pertama kali pergi ke fraser hill, tak tahu halangan apa dihadapan, bagaimana keadaan jalan dan macam-macam lagi la (bukan saya yg bawak keta, parents saya yg bawak keta, saya tolong risaukan untuk dia orang saja). perjalanan ke fraser hill pahang mengambil masa 2 jam perjalanan. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang100 kilometer (fakta dari internet). tapi saya dari shah alam, jadi lebih kurang 2 jam perjalanan la. keadaan jalan agak bersimpang siur apabila masuk jew ke jalan menuju fraser hill (macam jalan nak g cameron highland, macam tu la (bagai ular kena palu, bayangkan)). sebelum sampai ke kawasan fraser hill, tersebut ada satu tempat perhentian, tak ingat la apa, tak pa nanti bley goggle balik, kawan perhentian ini menyediakan faciliti seperti tempat solat dan tandas, dan ada juga la orang yang jual-jual makanan ringan. makanan berat tak ada. kalau nak makanan-makanan berat kena naik fraser hill, nanti banyak la restauran-restauran. lalu kami pun berhenti la seketika , untuk solat dan menikamti pandangan alam (hutan jew). oh yew, kalau tak silap nama tempat tu teranum. setelah setengah jam merehatkan kereta dan diri di situ, kami pun meneruskan perjalanan naik ke fraser hill tu. bagi yang tak pernah datang terasa amt jauh sekali dengan perjalanan panjang, jalan yang seperti ular kena palu (so sapew yang bawak keta nak pergi sini, bawak berhati-hati na, jangan laju2). mesti terfikir bila la nak sampai ni, kalau tak biasa pergi, mesti macam rasa nak patah balik, sebab tak sesampai-sampai (ayat macam bahaya jew tempat tue ek). lebih kurang 1 jam lebih tak sampai 2 jam la, kami pun sampai ke Fraser Hill tue, betapa gembiranya untuk orang yang pertama kali pergi. ramai orang pada hari tersebut (skema nye ayat), ye la hari minggu. kita orang pun apa lagi, park jew keta , terus pergi sightseeing la sekitar kawasan tersebut. cantik, memang cantik, Nice view, pemandangan yang indah. decoration bangunan-bangunan yang ala-ala Inggeris, menimbulkan suasana seperti di luar negara dengan udara yang nyaman, sejuk, cool, tenang, membuatkan seseorang itu mengurangkan tekanan ataupun orang putih kata release tension. bagi seorang penulis seperti saya atau sesiapa saja, saya cadangkan tempat ini sebagai pilihan anda untuk mencari idea menghasilkan karya, tak kira la karya apa pun, tulis lagu ke, novel ke, cerita ke, apa saja la. di sini juga ada menyediakan accomodation, tapi kos dia bley tahan gak la, nak2 hari minggu, tapi harga bley dirunding kali. hehe. oh yea, panjang sangat bercerita, lupa nak bagi tau, sebenarnya kalau nak naik fraser hill ni, kena ada peraturan, peraturanya mudah saja, ikut arahan. hehe, arahan apakah itu. Fraser Hill ni dikawal gate system. maksudnya, dia ada masa tertentu dmana ada masa nak naik and ada masa nak turun. bukan sesuka hati naik turun macam kat gunung jerai atau cameron higland. sekali ada kereta naik, kereta turun gunung. peraturan ini digunakan untuk mengelak kemalangan, sebabnya ada satu jalan saja nak naik atas. kalau nak tahu kita orang pun ada pengalaman kena jerit dengan pakcik guard yang jaga gate fraser hill ni. waktu tu, kita orang nak turung lebih kurang pukul 5 lebih ke 6 lebih, tak pasti tak ingat, tapi waktu petang la, kereta kami dah terlepas sedikit dari pagar tue, apa lagi, pakcik tu pun jerit "hoi, hoi', terkejut kita orang. lawak giler, bagi kowg tak lawak kut, kita org punya experience.apa lagi terpaksa la reverse balik nak tunggu waktu turun. sebelum turun tu, kita orang pun isi minyak sekejap. hah, untuk pengetahuan sesiapa yang tak tahu, dekat fraser hill ni tak da pam minyak tapi ada minyak, minyak tue pulak dalam botol, minyak kereta ok. so jangan risau la, kalau keta tetiba kurang minyak, ada minyak kat atas, kat kedai runcit, nanti ada pakcik tu isikan minyak pakai paip. time tue pak cik yang tolong isikan minyak kat keta kita orang, tak tahu time korang g sana sapa pulak yg layan customer. dengar citer orang di sini (local people, truly people from Fraser Hill), depa cakap, pam minyak tak bely ada dekat atas ni, sebab nanti minyak nya beku, mungkin terlampau sejuk kut. tapi memang betul tak da pam minyak. so, kalu nasib tak baik tue sabar jew la, kalu minyak habis la. ada lagi satu, menurut orang-orang disini juga, tempat Fraser Hill ni hanya menarik dan sibuk hari minggu je, hari biasa lenggang. patut la kedai dekat dengan kedai runcit tutup, bisnes tak berapa laku agaknya, mungkin, one of the factor la katakan. Mostly yang datang hanya pusing menikmati pemandangan Alam ciptaan tuhan, main Golf (disediakan tempat padang golf) atau apa saja xtvt, kebanyakan mereka akan pulang dan tidak memilih untuk tidur situ. jadi, kami pun sebelum balik, pusing-pusing la kat situ, makan sekejap, makan pisang goreng jew, minum petang, solat dan kemudian kami pun pulang (tue pun nak g tau). so, bagi sesepapa yang berminat nak pergi, pergi la, tapi isi minyak penuh-penuh ek, mana la tau, in case tak da minyak ke...hehe...selamat berjalan semua...

