Wednesday, December 29, 2010

lelaki idaman

salam semua. kenapa saya tulis title 'lelaki idaman'? puncanya, saya baru je tengok bola. habis jew bola, beat antara Malaysia dengan Indonesia. then, paham2 jew la, Malaysia sudah menang piala suzuki. lelaki idaman? bila sebut jew lelaki idaman, konfem, mesti terbayang, hot, hensem, abg body means ada body la, mussels. for sure, most of the girl nak lelaki macam tu. tak kira la nak jadikan boyfriend ke, tunang ke, husband ke, sukati dorang la. berbalik pasal bola, player football Malaysia boleh di katakan menjadi idaman gadis2 diluar sana. kalau tak percaya cuba tengok facebook ke, twitter ke, myspace kew, confirm semuanya mula perasan/ cair pun boley la, termasuk la saya one of the girl yang cair dengan that guy macam tu (pengakuan jujur dan ikhlas) bila lelaki tu atau player tu mula famous atau dikenali dengan bahasa mudahnya la. tapi, bila difikir-fikirkan, cuba bayangkan orang rapat/ special someone la disamping player-player tu, mesti dorang makan hati je kan. Al maklum la, boyfriend atau tunang dia orang menjadi idaman ramai. kira macam berkongsi dengan masyarakat la. so, kepada girlfriend yang ada Bf yang mempunyai idaman Malaya tu, sabar jew la dengan karenah2 girl yang syok kat Bf u all, but most important u should have trust between u guys, it will help u guys to maintained your relationship. P/s : i dont have any experience in love with someone lelaki idaman malaya. just take my advice to strength and maintained your relationship...peace no war

Tuesday, December 28, 2010

semester baru...

apa benda nak tulis ni. msty la pasal semester baru kan. mula jew new sem, msty ada rasa malas, sbb dah lama cuti. pointer sem lepas, ok la better rather than previous. for new semester, nak score baek punya. new semester in new year, pasti banyak benda baru akan berlaku, kadang2 aku takut menanti suatu hari yang pasti ada kesedihan dan kesulitan. pasti banyak cabaran, dugaan hidup yang aq perlu tempuhi, bukan aq sorang la, semua orang atas muka bumi ni. sebab kan aku seorang student lagi, jadi dugaannya confirm la pelajaran baru/ new lesson...jumpa lecturer baru, so scary. environtment baru dan banyak lagi. pokoknya, aku kena kuat, kuatkan diri, tabahkan hati, tenangkan minda dan berdoa supaya semuanya berjalan lancar di sem baru ni. arius...

Sunday, December 26, 2010

3-0 Malaysia Win...

Salam semua. ini adalah kali pertama saya menulis blog. sebelum ni memang ada blog tapi tak terusik pun, jadi saya dengan rasa rendah diri, saja-saja la mendekati kembali menulis blog. So, dengan tak ada idea nak ditulis, saya pun fikir, better saya tulis coretan mengenai bola yang hangat diperkatakan sekarang sebagai title pertama dalam blog saya ni. Pertama sekali nak ucapkan tahniah yang tak terhingga kepada skuad kebangsaan dalam perlawanan bola sepak menentang Indonesia untuk merebut Piala AFF 2010, if i'm not mistake la. Almaklum sahaja la bukan la peminat bola sepak yang fanatik, tapi macam mana pun, perlulah ikut perkembangan semasa. Alhamdullilah..., Malaysia berjaya menjaringkan gol dengan sentuhan penyerang Safee Sali pada final pertama piala AFF di stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 disember 2010. Jaringan pertama dari Malaysia menewaskan Indonesia mendapat Sorakan gemuruh daripada penyokong-penyokong yang mengamatkan suasana, rasanya bukan dekat stadium je ada sorakan penyokong, dekat rumah, kedai kopi, Restoren, Warung, Padang yang ada layar pasti bersorak-sorai dengan kemenangan Malaysia. Itulah gelagat suasana yang sangat membanggakan rakyat malaysia. Bagaimanapun, ada segelintir masyarakat yang  boleh dikatakan kurang disiplin dengan membakar mercun, baling botol...apa benda la. Bukankah perkara-perkara seperti itu dilarang dan diberi amaran...(memang tak dengar cakap). diharapkan perkara-perkara seperti itu tak berlaku lagi di negara kita, sebab perkara-perkara macam tu la yang boleh menjejaskan imej negara. rasanya cukup la kut...hehe...coretan ringkas dari saya....akhir kata tahniah sekali lagi buat pasukan kebangsaan (semua yang terlibat lah) dan para penyokong yang sangat bersemangat....(saya suka tengok)