Sunday, December 26, 2010

3-0 Malaysia Win...

Salam semua. ini adalah kali pertama saya menulis blog. sebelum ni memang ada blog tapi tak terusik pun, jadi saya dengan rasa rendah diri, saja-saja la mendekati kembali menulis blog. So, dengan tak ada idea nak ditulis, saya pun fikir, better saya tulis coretan mengenai bola yang hangat diperkatakan sekarang sebagai title pertama dalam blog saya ni. Pertama sekali nak ucapkan tahniah yang tak terhingga kepada skuad kebangsaan dalam perlawanan bola sepak menentang Indonesia untuk merebut Piala AFF 2010, if i'm not mistake la. Almaklum sahaja la bukan la peminat bola sepak yang fanatik, tapi macam mana pun, perlulah ikut perkembangan semasa. Alhamdullilah..., Malaysia berjaya menjaringkan gol dengan sentuhan penyerang Safee Sali pada final pertama piala AFF di stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 disember 2010. Jaringan pertama dari Malaysia menewaskan Indonesia mendapat Sorakan gemuruh daripada penyokong-penyokong yang mengamatkan suasana, rasanya bukan dekat stadium je ada sorakan penyokong, dekat rumah, kedai kopi, Restoren, Warung, Padang yang ada layar pasti bersorak-sorai dengan kemenangan Malaysia. Itulah gelagat suasana yang sangat membanggakan rakyat malaysia. Bagaimanapun, ada segelintir masyarakat yang  boleh dikatakan kurang disiplin dengan membakar mercun, baling botol...apa benda la. Bukankah perkara-perkara seperti itu dilarang dan diberi amaran...(memang tak dengar cakap). diharapkan perkara-perkara seperti itu tak berlaku lagi di negara kita, sebab perkara-perkara macam tu la yang boleh menjejaskan imej negara. rasanya cukup la kut...hehe...coretan ringkas dari saya....akhir kata tahniah sekali lagi buat pasukan kebangsaan (semua yang terlibat lah) dan para penyokong yang sangat bersemangat....(saya suka tengok)

No comments:

Post a Comment